Skim Latihan ‘internship’ 7 Eleven + SMART College | Smart College
Windows Version
+(60)3-9202 9443
info@securityplus.org.my

Skim Latihan ‘internship’ 7 Eleven + SMART College

Borang Pendaftaran

Sertai sekarang dengan memasukkan nama dan alamat emel anda.

Apakah Skim Latihan ‘Internship’ 7-Eleven + SMART College ini?

Skim Latihan ‘Internship’ 7-Elevan + SMART College (“SMART 7/11 Intern”) adalah skim latihan yang berasaskan kerja sambal belajar anjuran SMART College bersama-sama 7-Eleven Sdn Bhd.

Siapakah yang layak untuk menyertai program SMART 7/11?

Pelajar SMART College
Lulus SPM dengan sekurang-kurangnya 3 kredit atau gred yang setaraf
Lulus tapisan polis

Berapa tahunkah program Skim Latihan ‘Internship’ SMART 7/11?

Pelajar yang terpilih untuk menyertai program SMART 7/11 akan menghadiri kelas seperti biasa di SMART College untuk sekurang-kurangnya 4 hari seminggu. Untuk 2 hari dalam sminggu, pelajar akan bekerja di 7-Eleven.

Adakah program-program yang ditawarkan oleh SMART College diiktiraf oleh MQA?

Ya, semua program yang ditawarkan oleh SMART College diiktiraf oleh MQA. Terdapat 3 program yang akan ditawarkan iaitu Diploma Pengurusan Perlindungan (Fakulti Bisness); Diploma Pengurusan Fasiliti (Fakulti Kejuruteraan) dan Diploma Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Fakulti Sains Kesihatan).

Bolehkah pelajar SMART 7/11 memohon Skim Biasiswa SMART?

Ya, semua pelajar boleh memohon, tertakluk kepada terma-terma dan syarat yang diberikan.

Bolehkah pelajar SMART 7/11 memohon Skim Pinjaman PTPTN?

Ya, semua pelajar boleh memohon tertakluk kepada terma-terma dan syarat yang diberikan.

Adakah pelajar SMART 7/11 dibayar apabila mereka bekerja?

Ya, pelajar akan dibayar mengikut jam bekerja. 7-Eleven akan mengira setiap jumlah jam bekerja bagi setiap bulan dan pelajar dibayar terus oleh 7-Eleven

Adakah pelajar SMART 7/11 akan mendapat tawaran bekerja dengan 7-Eleven selepas tamat pengajian?
Semua pelajar SMART 7/11 perlu lulus sesi temuduga dengan 7-Eleven selepas tamat pengajian untuk membolehkan mereka bekerja dengan 7-Eleven.

Bagaimana untuk memohon Skim Latihan ‘Internship’ SMART ini?

Semak laman web SMART College untuk melihat jika anda memenuhi syarat-syarat kelayakan.

Muat turun Borang Skim Latihan ‘Internship’ SMART 7/11 di laman web www.smartcollege.edu.my atau anda boleh mendapatkan salin borang daripada Pendaftar, SMART College atau Penyelaras Pelajar yang ditetapkan (senarai Penyelaras Pelajar boleh didapati di laman web kolej).

Anda akan menerima jemputan untuk menghadiri Temuduga yang pertama bersama SMART College. Seterusnya, jika anda telah lulus temuduga yang pertama itu, anda akan ditemuduga pula oleh 7-Eleven.

Calon yang berjaya akan ditawarkan untuk menyertai Skim Latihan ‘Internship’ SMART 7/11 tertakluk pada terma dan syarat yang dinyatakan

Apakah antara terma-terma & syarat-syarat Skim Latihan ‘Internship’ SMART 7/11?

(i) Wajib menghadiri semua kelas dan semua aktiviti kolej. Pelajar akan dikeluarkandaripada skim ini jika kehadiran mereka adalah kurang daripada 90%

(ii) Mencapai CGPA 2.25 di SMART College. Pelajar akan dikeluarkan daripada skim ini sekiranya CGPA mereka adalah kurang daripada 2.25 tetapi mereka dibenarkan untuk membuat permohonan semula pada semester berikutnya, jika prestasi akademik mereka bertambah baik mengikuti set standard minimum.

(iii) menjelaskan semua yuran tuisyen kepada SMART College. Pelajar akan dikeluarkan daripada skim ini sekiranya pelajar tidak menyelesaikan semua yuran pengajian, yuran asrama dan mana-mana bayaran yang dikenakan oleh SMART College mengikut masa yang ditentukan.

(iv) menghadiri dan melaksanakan kerja dengan memuaskan di 7-Eleven seperti yang diarahkan. Pelajar akan dikeluarkan daripada skim ini jika terdapat sebarang aduan daripada 7-Eleven.

Apakah perkiraan yuran pengajian bagi skim latihan ini?

  Diploma Pengurusan Perlindungan Diploma Pengurusan Fasiliti Diploma Keselamatan dan Kesihatan Pekerja
Bayaran Yuran Pengajian dibayar kepada SMART College  RM 29,000.00  RM 29,000.00  RM 43,500.00
Pinjaman PTPTN disediakan untuk pelajar  RM 17,000.00  RM 17,000.00  RM 32,500.00
Baki yuran yang perlu dibayar ke SMART College  RM 12,000.00  RM 12,000.00  RM 11,000.00

Permohonan Skim Biasiswa SMART

(Tertakluk kepada terma dan syarat)

 RM 12,000.00  RM 12,000.00  RM 11,000.00